Friday, 14 June 2013

Gamelan Part III

Wehuuu...Akhirnya....Sampai sudah ke acara kemuncak...
Dah berjalan dekat Melaka, so malam 3 Jun buat persembahan di Majlis Penutupan Bengkel Kejurulatihan Muzik Gamelan. Kali ni tak nak cerita panjang,jom kita layan gambar-gambar ni.






susun..jangan tak susun..malam ni nak performance

stanby..kejap lagi VIP nak datang
Ketibaan VIP
Doa dulu...baru berkat
 Let the show begin!




 Dia ni la MC,penyanyi dan pemain...semua nak buat

 Ni student dari Jepun. Nama dia sebenar tak ingat.Tapi nama melayu Salmah

Yeay...dah habis performance

Kamilah warga gamelan!

                         


Alhamdulillah.Semuanya telah selesai dengan jayanya.Terim kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan segala aktiviti untuk sem ni.
Tak kan nak tengok gambar je kan.Jom kita tengok video majlis ni.




~N.A~

Friday, 7 June 2013

Gamelan Part II

Post lepas dah tau kan alat-alat gamelan...Kali ni nak cerita pulak pasal aktiviti Kelab Gamelan.. 2hb lepas kita orang pergi ke Pengkalan Balak untuk melakukan khidmat masyarakat.Ini adalah untuk penuhi syarat untuk dapatkan LC..wehuuuu...jalan-jalan di study week. Aktiviti utama dekat sana ialah membersihkan sekitar pantai    

                                                 .
selamat datang


model signboard

kedatangan disambut dengan ong bak rindu yang kuat


Bila dah sampai pasang khemah dulu



tara...khemah dh siap

Dah siap pasang khemah dan rehat,maka sampailah kepada objektif lawatan ni...mari kita kutip sampah

briefing dulu

 kutip jangan tak kutip




ini lah hasilnya 

gembira sebab berjaya memelihara alam sekitar

setelah berjaya membersihkan kawasan sekitar pantai,semua pakat nak tengok penyu.Dekat area ni ada tempat penjagaan dan penetasan penyu....bersama-sama deruan angin,ombak yang kuat,kami pun berjalan sejauh 1.4km untuk sampai ke tempat penyu...ingatkan dekat..jauh rupanya...masa tengah jalan macam-macam gelagat boleh tengok..musim cuti sekolah kan..tambah-tambah lagi hujung minggu..ramai orang datang..

ni la tempatnya

penyu-penyu mati yang telah diawet...

yang ni penyu betul..nak ambil gambar tak boleh guna flash

saya janji

akak tu tgh bagi penerangan..adli tekun dengar..aku senyum...hahaha 


aktiviti kita orang secara rasminya habis pukul 3.30 petang...bukak khemah then gerak balik...balik awal sebab keesokkan harinya nak prepare untuk perfomance pulak..apa-apa pun peliharalah alam sekitar kita ya!

~N.A~

Monday, 3 June 2013

Gamelan Part I

Lalalala~~~Gembira dalam hati...Ewahhh...Mood nak menyanyi..Oleh kerana aku pemain gamelan,meh aku cerita sikit apa itu gamelan.
Mari dengar aku bercerita.

Sejarah

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Alatan

1.Bonang


 Ni la bonang.Cara nak main ialah dengan menggunakan dua kayu pengetuk.Bonang antara alat yang susah nak main.Sebab kena main dengan 2 tangan.Aku main alat ni.Fuh.Ambil masa nak berlatih main bonang ni.Cara nak main ada bermacam-macam cara iaitu ketuk sekali,ketuk berganda,ketuk bertingkah dan paling susah ialah gabungkan semua sekali.Bila digabungkan semua jenis ketuk ni,memang best bunyi dia.Tangan pun laju.

2.Saron


Yang ni pula saron.Senang je nak main.Ketuk pun sekali je.Sekali main memang boleh terus pandai.Yang ni pun alat aku main.

3.Gambang


Ni gambang.Diperbuat dari kayu.Nak main kena guna 2 pengetuk.Cara ketuk dia macam saron.Gambang ni macam saron tapi panjang sikit.Sebab tu kena guna 2 pengetuk.Gambang ni ambil masa juga nak mahir.Aku tak sempat nak belajar alat ni.Sebab aku dah main bonang dengan saron.Kasi chance orang lain main.

4.Gendang

Ni la ibu persembahan gamelan.Gendang.Persembahan gamelan ni akan ikut rentak gamelan.Kalau gendang laju,jadi pemain gamelan pun kena main laju.Gendang kalau salah rentak,semua jadi salah.Persembahan pun jadi celaru.

5.Gong


Ni pula gong.Gong ni berfungsi sebagai penanda bagi frasa-frasa lagu dan untuk menandakan lagu dah  nak tamat.Macam isyarat kepada pemain-pemain gamelan.

6.Kenong


Kenong ni macam bonang tapi besar.Cara main senang.Just ketuk pada note lagu yang tertentu.

Nota lagu

Alatan ini akan dimainkan secara Slendro Pentatonic.Slendro Pentatonic ni nombor-nombor not yang digunakan untuk bermain gamelan.Untuk gamelan hanya nombor 1,2,3,5,6 sahaja yang digunakan.Kebiasaannya lagu gamelan adalah lagu tradisional.Tapi ada lagu moden yang diubah macam lagu Anak Kampung.

Ni contoh note lagu

Mari layan gamelan......




~N.A~