22 tahun yang lalu,ada wanita bertarung nyawa melahirkan anaknya..
apabila lahir dibelai anak,dimanja
sehinggalah besar
semakin meniti usia si anak
dididik dengan tegas namun penuh kasih sayang
si anak dididik agar menjadi seorang perempuan sejati
tapi si anak keras kepala
mahu kelakian dalam keperempuanan
ah si anak ini,masih pendek akalnya
semakin dewasa lagi
akal panjang sedikit
semakin tahu apa itu kehidupan
cuba menjadi matang di dalam matang
ayah tiada
jadi si ibu tempat bermanja
sekarang ibu segalanya
sudah 22
nombor semakin besar,kehidupan masih panjang
mati semakin dekat
terima kasih atas peristiwa 22 tahun lalu
peristiwa si anak dilahirkan
semoga menjadi insan bertakwa dan anak solehah
Amiin
Monday, 15 July 2013
Friday, 14 June 2013
Gamelan Part III
Wehuuu...Akhirnya....Sampai sudah ke acara kemuncak...
Dah berjalan dekat Melaka, so malam 3 Jun buat persembahan di Majlis Penutupan Bengkel Kejurulatihan Muzik Gamelan. Kali ni tak nak cerita panjang,jom kita layan gambar-gambar ni.
~N.A~
Dah berjalan dekat Melaka, so malam 3 Jun buat persembahan di Majlis Penutupan Bengkel Kejurulatihan Muzik Gamelan. Kali ni tak nak cerita panjang,jom kita layan gambar-gambar ni.
susun..jangan tak susun..malam ni nak performance
stanby..kejap lagi VIP nak datang
Ketibaan VIP
Doa dulu...baru berkat
Let the show begin!
Dia ni la MC,penyanyi dan pemain...semua nak buat
Ni student dari Jepun. Nama dia sebenar tak ingat.Tapi nama melayu Salmah
Yeay...dah habis performance
Kamilah warga gamelan!
Alhamdulillah.Semuanya telah selesai dengan jayanya.Terim kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan segala aktiviti untuk sem ni.
Tak kan nak tengok gambar je kan.Jom kita tengok video majlis ni.
~N.A~
Friday, 7 June 2013
Gamelan Part II
Post lepas dah tau kan alat-alat gamelan...Kali ni nak cerita pulak pasal aktiviti Kelab Gamelan.. 2hb lepas kita orang pergi ke Pengkalan Balak untuk melakukan khidmat masyarakat.Ini adalah untuk penuhi syarat untuk dapatkan LC..wehuuuu...jalan-jalan di study week.
Aktiviti utama dekat sana ialah membersihkan sekitar pantai
.
setelah berjaya membersihkan kawasan sekitar pantai,semua pakat nak tengok penyu.Dekat area ni ada tempat penjagaan dan penetasan penyu....bersama-sama deruan angin,ombak yang kuat,kami pun berjalan sejauh 1.4km untuk sampai ke tempat penyu...ingatkan dekat..jauh rupanya...masa tengah jalan macam-macam gelagat boleh tengok..musim cuti sekolah kan..tambah-tambah lagi hujung minggu..ramai orang datang..
.
Bila dah sampai pasang khemah dulu
tara...khemah dh siap
Dah siap pasang khemah dan rehat,maka sampailah kepada objektif lawatan ni...mari kita kutip sampah
briefing dulu
kutip jangan tak kutip
ini lah hasilnya
gembira sebab berjaya memelihara alam sekitar
setelah berjaya membersihkan kawasan sekitar pantai,semua pakat nak tengok penyu.Dekat area ni ada tempat penjagaan dan penetasan penyu....bersama-sama deruan angin,ombak yang kuat,kami pun berjalan sejauh 1.4km untuk sampai ke tempat penyu...ingatkan dekat..jauh rupanya...masa tengah jalan macam-macam gelagat boleh tengok..musim cuti sekolah kan..tambah-tambah lagi hujung minggu..ramai orang datang..
ni la tempatnya
penyu-penyu mati yang telah diawet...
yang ni penyu betul..nak ambil gambar tak boleh guna flash
saya janji
akak tu tgh bagi penerangan..adli tekun dengar..aku senyum...hahaha
aktiviti kita orang secara rasminya habis pukul 3.30 petang...bukak khemah then gerak balik...balik awal sebab keesokkan harinya nak prepare untuk perfomance pulak..apa-apa pun peliharalah alam sekitar kita ya!
~N.A~
Monday, 3 June 2013
Gamelan Part I
Lalalala~~~Gembira dalam hati...Ewahhh...Mood nak menyanyi..Oleh kerana aku pemain gamelan,meh aku cerita sikit apa itu gamelan.
Mari dengar aku bercerita.
Sejarah
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri. Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Trg yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu". Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
Ni la bonang.Cara nak main ialah dengan menggunakan dua kayu pengetuk.Bonang antara alat yang susah nak main.Sebab kena main dengan 2 tangan.Aku main alat ni.Fuh.Ambil masa nak berlatih main bonang ni.Cara nak main ada bermacam-macam cara iaitu ketuk sekali,ketuk berganda,ketuk bertingkah dan paling susah ialah gabungkan semua sekali.Bila digabungkan semua jenis ketuk ni,memang best bunyi dia.Tangan pun laju.
2.Saron
Yang ni pula saron.Senang je nak main.Ketuk pun sekali je.Sekali main memang boleh terus pandai.Yang ni pun alat aku main.
3.Gambang
Ni gambang.Diperbuat dari kayu.Nak main kena guna 2 pengetuk.Cara ketuk dia macam saron.Gambang ni macam saron tapi panjang sikit.Sebab tu kena guna 2 pengetuk.Gambang ni ambil masa juga nak mahir.Aku tak sempat nak belajar alat ni.Sebab aku dah main bonang dengan saron.Kasi chance orang lain main.
4.Gendang
Ni la ibu persembahan gamelan.Gendang.Persembahan gamelan ni akan ikut rentak gamelan.Kalau gendang laju,jadi pemain gamelan pun kena main laju.Gendang kalau salah rentak,semua jadi salah.Persembahan pun jadi celaru.
5.Gong
Ni pula gong.Gong ni berfungsi sebagai penanda bagi frasa-frasa lagu dan untuk menandakan lagu dah nak tamat.Macam isyarat kepada pemain-pemain gamelan.
6.Kenong
Kenong ni macam bonang tapi besar.Cara main senang.Just ketuk pada note lagu yang tertentu.
Nota lagu
Alatan ini akan dimainkan secara Slendro Pentatonic.Slendro
Pentatonic ni nombor-nombor not yang digunakan untuk bermain gamelan.Untuk gamelan hanya nombor
1,2,3,5,6 sahaja yang digunakan.Kebiasaannya lagu gamelan adalah lagu tradisional.Tapi ada lagu moden yang diubah macam lagu Anak Kampung.
Ni contoh note lagu
Mari layan gamelan......
~N.A~
Friday, 31 May 2013
Sultan Muhammad Al-Fateh
Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq,
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah
sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam
Ahmad)
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen ketenteraan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 akibat sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat baginda mangkat diracun.
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah
sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam
Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
Biodata Ringkas
Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Konstantinopel.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):
“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.
MEMBUKA KONSTANTINOPLE
Sebelum melakukan kempen ketenteraan ke atas Konstantinople, Sultan Muhammad membuat persediaan rapi. Dia belajar daripada sejarah yang menyaksikan sekian banyak kegagalan tentera Islam terdahulu dalam menyerang kota tersebut. Dengan tembok kota berlapis empat, setinggi 25 kaki dan berparit air di hadapannya, kota ini sungguh kebal. Untuk itu perancangan dan persediaan yang luar biasa mesti dilakukan.
Antara langkah awal yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah mengerahkan pembinaan meriam paling besar dan berkuasa pada zaman itu. Meriam ini mampu menembak sejauh satu batu dengan peluru antara 300-1600 kilogram setiap biji. Tentera musuh memang gentar akan teknologi ketenteraan umat Islam ini. Meriam ini hanya boleh melepaskan 15 tembakan setiap hari. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya untuk umat Islam menguasai teknologi.
tembok Byzantine dan meriam diraja yang digunakan oleh Sultan Al Fateh
(merupakan hasil ciptaan seorang saintis, Urban) .
Tentera Islam tiba di Konstantinople dengan jumlah lebih kurang 150,000 orang. Apabila mereka solat berjemaah beramai-ramai, gementar hati tentera musuh melihat betapa ramai, berdisiplin, harmoni, bersungguh-sungguh dan bersatu hatinya tentera Islam. Dari segi psikologi, moral tentera musuh sudah menjunam jatuh.
Selain tembok kebal, penghalang besar antara tentera Islam dengan Kota Konstantinople ialah Selat Bosphorus. Kapal-kapal tentera Islam tidak dapat membuat serangan kerana tentera Kristian sudah memasang rantai besi yang merentangi selat. Strategi ini berjaya menghalang kemaraan tentera Islam untuk tempoh yang agak lama juga.
rantai gergasi yang digunakan oleh Byzantine untuk menyekat kapal perang Sultan Muhammad Al Fateh .
Sultan Muhammad yang berusia 21 tahun dan tenteranya tiba di Konstantinople pada 19 April 1453. Mereka menghujani kota itu dengan tembakan meriam selama 48 hari, namun Konstantinople masih utuh berdiri. Pihak musuh diperteguhkan pula dengan bantuan daripada Pope berupa 5 buah armada perang. Oleh itu, mereka yakin tentera Islam akan kehabisan ikhtiar, kelesuan dan akhirnya akan pulang dengan tangan kosong.
Satu keajaiban berlaku. Pada suatu malam, Sultan Muhammad mengerahkan tenteranya menggerakkan kapal melalui jalan darat. Mereka menarik kapal-kapal itu lalu melabuhkannya di dalam selat. Hal ini memang satu idea yang sungguh luar biasa.
Esoknya, tentera Kristian terkejut besar melihat sebanyak 72 kapal perang tentera Islam sudah berada di dalam selat dan bersedia melancarkan serangan. Mereka berasa hairan kerana rantai perentang masih tidak terjejas, jadi bagaimana kapal-kapal tentera Islam boleh melompat masuk? Ketika inilah peperangan hebat berlaku.
Sudah berlalu 53 hari namun Konstantinople tetap gagah. Sultan Muhammad tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dengan tekad muktamad dia memberikan ucapan : “Saya hendak mati! Sesiapa yang mahu mati, mari ikut saya!”
Ucapan ini benar-benar membakar semangat tentera Islam. Seorang pahlawan bernama Hasan Ulubate dan 30 orang perajurit menyerbu masuk ke kubu musuh. Mereka berjaya memacakkan bendera daulah Islam di dalam kubu. Bendera yang berkibar itu membuatkan tentera Islam ‘naik syeikh’. Mereka bertarung sambil mengharapkan syahid. Dengan izin Allah, akhirnya Konstantinople tunduk melutut ke bawah tentera Islam. Hasan Ulubate dan 30 orang perajuritnya berjaya mendapatkan syahid. Allahu Akbar!
Konstantinople ialah kubu utama Kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine lemah lalu akhirnya hancur selepas kota ini jatuh ke tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad menukar nama Konstantinople kepada Islambol, yang membawa maksud “Islam Keseluruhannya”. Nama Islambol diubah pula kepada “Istanbul” oleh seorang musuh Allah bernama Mustafa Kamal Attarturk, Bapa Pemodenan Turki. Gereja St Sophies ditukar oleh Sultan Muhammad menjadi masjid, iaitu Masjid Aya Sophia.
aya sophia
Sunday, 26 May 2013
Si cacat
Cacat?Siapa cacat?Cacat apa?
Orang yang ada lesung pipit adalah cacat.Amboi.Statement berani mati betul.Tapi ni adalah fakta.
Tak puas hati dengan statement ni?Meh kita baca ni.
Lesung pipit terjadi akibat variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu,faktor terjadinya lesung pipit ini adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi
Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.
Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.
Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yang membuat lesung pipit memudar atau hilang.
Orang yang ada lesung pipit adalah cacat.Amboi.Statement berani mati betul.Tapi ni adalah fakta.
Tak puas hati dengan statement ni?Meh kita baca ni.
Lesung pipit terjadi akibat variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu,faktor terjadinya lesung pipit ini adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi
Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.
Lesung pipit umumnya tidak nampak ketika seseorang sedang diam, kerana otot pipi tersebut tidak mengalami penarikan atau dalam posisi diam. Beberapa orang ada yang hanya memiliki lesung pipit ketika masih kanak2 atau remaja.
Hal ini kerana seiring waktu otot wajah ini secara perlahan akan meregang yang membuat lesung pipit memudar atau hilang.
Ada orang memiliki lesung pipit yang dalam dan mudah dilihat, ada pula yang nampak samar-samar aje. Fenomena lesung pipit ini juga dipengaruhi oleh faktor genetik dan diperlukan gen lesung pipit yang dominan.
Jika orang tua kita ada lesung pipit, maka kemungkinan ia akan diturunkan kepada kita atau generasi kita yang akan datang. Biasanya 25 - 50% akan begitu.
Ketika seseorang tersenyum atau bercakap, maka ada daya tarik dari kulit yang membuatkan lesung pipit tersebut muncul akibat dari efek penarikan kulit tersebut. Hal ini diketahui setelah peneliti membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.
amboi.comelnye lesung pipit awak.nak bole? :p
Aku jumpa budak ni masa bengkel gamelan dekat Cameron.Adik-beradik dia memang ada lesung pipit.Jelessss
Begitulah cerita kecacatan ni.Mungkin lesung pipit secara saintiknya kecacatan,namun ia adalah kecacatan yang paling comel.Memang best bila ada lesung pipit ni.Kalau senyum nampak comel je.Hohoho.
~N.A~
Saturday, 11 May 2013
KTM
Apa makna disebalik gambar di atas?
Gelagat manusia.Tak percaya?Cuba la pergi dekat stesen ktm,LRT hatta di bas.Kenapa pulak aku nak cerita pasal hal ni pulak?Macam ni ceritanya.
Masa 1 Mei lepas aku pergi la The Mines.Mengidam sizzling.Orang memang ramai.Biasa la.Cuti hari pekerja.
Then KTM pun datang.Dalam KTM memang dah sedia ramai orang.Jalan dan jalan sambil amik penumpang dekat stesen Kajang.KTM masa tu dah jadi tin sardin.Pack!
Serdang.Serdang.Operator KTM buat pengumuman.Fuh.Akhirnya sampai.Namun kegembiraan sekejap je.
Dengan keadaan yang sangat padat,memang susah nak keluar.Orang sekeliling pun tak nak bagi kerjasama.Sabar je la.Tu satu hal.Orang yang nak masuk KTM jangan cakap la.Semua main masuk je.At least bagi yang dalam KTM keluar dulu.Masa aku nak keluar ternampak ada orang bawa baby nak masuk KTM.Yang aku perasan orang sekeliling tak ada inisiatif pun nak bagi laluan kat orang bawak baby tu.Yang aku pulak terpaksa behenti sebab berpusu-pusu masuk.Eh!Terbalik pulak.Sepatutnya bagi laluan kepada yang nak keluar.Tu belum masuk main tolak-tolak.
Ni la sikap orang kita.Tak tahu bersabar.Hei.Tak paham aku.Yang aku perasan kalau dalam keadaan bersesak-sesak adegan tolak menolak mesti ada.Kan bagus kalau kita saling hormat menghormati.Orang Malaysia kan terkenal dengan budi bahasanya.Cuba bagi laluan kepada orang lain dulu.Tak rugi apa-apa pun wahai saudara-saudari sekalian.Jadi mulai sekarang marilah kita saling menghormati dan jangan mementingkan diri sendiri.Akhir kata,budi bahasa budaya kita.
~N.A~
Monday, 6 May 2013
Perihal facebook
Sape tak ada facebok?angkat tangan.
Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.
Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.
Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.
Aku rasa kalau aku tanya dalam satu dewan mesti tak ada yang angkat tangan.Aku berani jamin.Kebarangkalian golongan muda pada hari ni tak ada facebook adalah tipis.Bak kata penceramah masa aku pergi Persidangan Gerakan Pengguna hari tu siapa yang tak ada facebook memang ketinggalan zaman.
Kita ni bukak facebook hari-hari.Meh kita baca sikit sejarah facebook.
Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard.
Facebook telah diasaskan oleh seorang anak muda yang berasal dari NewYork. Nama beliau ialah Mark Zuckerberg, dilahirkan pada tahun 1984, dan beliau telah mengasaskan Facebook ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti Harvard. Sebelum ini, Mark Zuckerberg juga pernah membina beberapa laman web sosial yang lain, antaranya ialah Coursematch dan Facemash. Kini Mark Zuckerberg adalah seorang billionaire.
Mark Zuckerberg telah melancarkan Facebook pada febuari 2004. Semasa pelancaran, dalam masa 24 jam saja, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa sebulan hampir separuh prlajar serjana muda di Universiti Harvard telah membuka akaun di Facebook. Kemudian rangkaian tersebut telah berkembang ke seluruh universiti yang terdapat di Amerika Syarikat, dan kini Facebook telah tersebar luas ke serata dunia. Facebook telah ‘menjadi’ Facebook.com selepas nama domain tersebut dibeli dengan harga USD200,000.
ni la Mark Zuckerberg
Pada mulanya, Facebook adalah satu tool yang digunakan oleh para pelajar di Universiti Harvard untuk berinteraksi sesama mereka. Tapi kini, ia digunakan oleh semua orang sebagai hiburan. Keahlian Facebook adalah percuma, tapi bagaimana Mark Zuckerberg boleh bergelar billionaire sedangkan keahalian adalah percuma? Sebenarnya keuntungan Facebook diperolehi daripada pengiklanan. Oleh itu tidak hairanlah syarikat separti Google dan Yahoo berminat untuk membeli Facebook.
Jika MySpace menerima tawaran daripada NEWS CORP sebanyak USD580 juta dan YouTube menerima tawaran USD1.5 billion dari Google, Facebook pula telah menerima tawaran hampir USD2 billion daripada Google dan Yahoo. Jika anda yang berada di tempat Mark Zuckerberg pada ketika itu, adakah anda akan menerima tawaran tersebut? USD 2 billion banyak tu… 7 keturunan pun tak habis. Tapi Mark Zuckerberg telah menolak tawaran tersebut. Beliau berkata ‘Facebook bukan untuk dijual’. Syarikat Microsoft pun telah menunjukkan minat terhadap Facebook, dan telah membeli share Facebook sebanyak 1.6% yang bernilai USD246 juta.
Sebelum Facebook, MySpace adalah laman web sosial yang terbesar di Amerika Syarikat. Siapa yang tak kenal dengan MySpace? ia adalah laman web sosial yang terbesar sebelum Facebook dan tiada satu pun rangkaian sosial yang lain dapat menandingi trafik MySpace pada ketika itu. Tetapi Facebook telah berjaya menandingi trafik MySpace dengan pantas, dan Facebook dianggarkan mempunyi hampir 200 juta ahli diserata dunia.
Facebook adalah salah satu laman web sosial seperti MySpace dan Friendster, tetapi bagaimana Facebook boleh berkembang dengan cepat? Mungkin disebabkan oleh keunikan aplikasi yang terdapat pada Facebook. Game, gift, quiz dan banyak lagi aplikasi Facebook yang membolehkan Facebook telah berkembang dengan cepat. Facebook juga menyediakan ruang chat kepada penggunanya untuk berinteraksi kepada rakan-rakan. Ini yang membuatkan Facebook lebih unik berbanding dengan laman web sosial yang lain.
Itulah sedikit sebanyak sejarah facebook.Kita kena gunakan facebook sebaiknya.Janganlah buat benda bukan-bukan lepas tu upload dalam facebook.Kadang-kadang aku tengok bahasa dekat facebook bukan main kasar.Tu belum masuk yang kena hack.
Sebagai manusia yang rasional dan mempunyai pemikiran yang matang,seharusnya facebook digunakan ke arah kebaikan.Buatlah status yang mendorong ke arah kebaikan.Jangan lupa,setiap apa yang kita tulis ni nanti kena tanya dekat padang mahsyar.Peringatan untuk diri aku jugak.Jadi,bersama-samalah kita menjadikan facebook sebagai medan yang akan membawa kebaikan manusia sejagat.
~N.A~
Subscribe to:
Posts (Atom)